BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 19 May 2013





Hari ni 20 Mei 2013, warga PPKI buat jamuan perpisahan sempena minggu terakhir kat Sekolah Kebangsaan Pulai. terpaksa buat awal sebab esok GPK dah takde, kena outstation sampai cuti..dah selesai jamuan perpisahan dengan warga PPKi Sk Pulai, sesi bergambar bersama murid-murid tersayang..ada yang bagi hadiah, tak sangka,,terharu rasanya...rasa berat hati nak meninggalkan anak-anak murid kat sini.. hampir setahun setengah bersama mereka..yang paling tak sangka anak murid yang dah pindah ke sek men pun turut sampaikan salam perpisahan..sedih rasanya..minta-minta dapatlah balik sekolah sini...tak nak pindah sekolah lain...sayang dengan anak-anak murid kat sini...



Alhamdulillah, tanggal 16 Mei yang lalu, saya mendapat hadiah dari anak-anak murid sempena Hari Guru.. terharu rasanya...terima kasih anak-anakku...Selamat Hari Guru buat semua guru yang telah, sedang dan akan berkhidmat seperti saya...doakan saya..Terima kasih yang tak terhingga buat semua guru-guru yang telah mengajar dan mendidik saya daripada sekolah tadika sehingga sekarang..telah ramai yang menjadi guru saya sehinggalah kini..dan Guru yang paling bermakna buat diri ini adalah mak dan arwah ayah yang banyak mendidik diri ini sehingga saya juga bakal bergelar guru, InsyaAllah..Tak lupa juga buat suami tercinta yang banyak mendidik dan membimbing saya menjadi isteri, ibu, anak dan menantu kearah yang lebih baik..Terima kasih abg..Terima kasih Semua..Hanya Allah saja yang mampu membalas jasa dan pengorbanan kalian...

Tuesday 7 May 2013

IPGKPM Melaka...

tinggal lagi 2 minggu lebih lagi nak masuk kelas n exam...pastu insyaAllah tamatla pengajian Diploma Pendidikan ku di IPGKPM Melaka...bersedialah menghadapi Final Exam..pastu konvo, interview, then kena posting.....

Monday 6 May 2013

Suami dan anak tersayang



Berjalan-jalan bersama keluarga tersayang...pegi main bowling, lawan dengan husband, pastu pergi jalan-jalan kat Taman Rama-Rama dan Reptilia Ayer Keroh, Melaka...best sangat habiskan masa bersama keluarga tersayang...

PPKI SK PULAI...

Murid-murid PPKI Sk Pulai sedang menghadapi peperiksaan sekarang ni...khamis ni paper Pendidikan Islam..Harapan semoga anak-anak muridku dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik dan betul..

Dengarkan bersama-sama...

Bahang PRU 13...

Selesai sudah PRU 13 2013...apa yg terjadi adalah ketentuan Allah, dan pastinya ada hikmah disebalik semua ini.. sesungguhnya kita mampu merancang, Tuhan saje yang menentukan..kepada yg menang sila tunaikan janji yg ditaburkan, yg kalah, kita cuba lain kali lah..sesunggunhnya perkara yang paling berat disisi Allah adalah amanah yang diberikan kepada kita...kelak akan disoal dikemudian hari.